السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Hati itu mudah retak
Jangan sembarang meletakkan dan sembarang memberikan
Apatah lagi kepada mereka yang bukan pantas untuk memiliki
Jaga hati daripada perkara lagha
Bila terasa leka,
Istighfarlah ubatnya
Bila lalai,
Segeralah ambil wuduk
Jangan ditangguh
Nanti hatimu makin retak
Suburkanlah dengan tangisan sesalmu
Luahkan kepada Allah betapa kau tidak menjaga hati dengan penuh berhati²
Sehingga melebihkan dunia daripada larangan Allah.
Didik hati agar sentiasa bersabar dengan ujian hidup. Sebab bila masa sahaja kau hidup, kau tidak akan terlepas daripada dugaan. Itu lumrah manusia. Ajari hatimu mahu untuk tabah meskipun tidak setabah Rasulullah.
Bimbing hatimu untuk tabah meskipun kau bukan memiliki iman segagah Nabi Yusuf.
Ujian manusia itu berbeza. Jan fikir orang miliki ujian hebat itu hatinya jugak tidak rapuh. Kau akan sering tertanya-tanya, bagaimana dia bisa setabah pandangan mata kasar kita bukan? Kerana ujian itu datang sama taraf dengan kita punya keimanan.
Jadi, sekarang... Jangan mengeluh ya? Sesungguhnya ujian dalam hidup kau itu adalah untuk membuatkan kau kuat hari demi hari agar hati kau dibajai dengan keyakinan pada Illahi. Bahawa setiap ujian itu bukanlah diberikan dengan sewenang-wenangnya melainkan menjadikan kau seorang manusia yang berguna.
Jika hati kau masih berasa lemah, itu bermakna kau masih kurang percaya dengan hikmah disebalik pemberian daripada Allah.