Untuk adik muslimat, kau sedih ke bila tiada kawan lelaki?
Tahu tak sebenarnya kau dah terselamat daripada ganguan makhluk berbahaya yang bernama 'Lelaki',
Dik biar abang cerita slow slow dan kau faham elok elok, untuk brader brader cerita ini kat adik or kakak perempuan korang.
Adik bila kau masih bersekolah, masuk universiti ini bukan sebenarnya waktu engkau untuk mula main dengan perasaan, adik abang tengok bukan yang banyak rosak itu dari kalangan yang so called "Tak Cun". Serious memang kebanyakan yang mula rosak itu sebab dia ada rupa dan daya penarikan.
Bila dia ada rupa, mulalah lelaki akan mendekati, adik yang kau rasa lelaki tidak mendekati, engkau jangan sedih, sebenarnya tuhan bagi engkau peluang untuk berhati hati.
Dan yakinlah, rupa dan luaran akan musnah, sampai suatu masa hanya akhlak yang akan penguat didalam suatu perhubungan, adik ramai orang yang berkahwin sebab rupa dan luaran dah pun berpisah.
Abang mintak maaf, cuba kau tengok sesetengah golongan yang dipanggil selebriti, kau tengok rupa dorang, yang lelaki hensem yang perempuan cun, habistu sebab apa dorang bercerai???
Ye memang sebab takde jodoh, tapi lagi satu sebab yang engkau pilih itu adalah kehendak engkau, bukan kehendak tuhan, saat engkau memilih pasangan haram jadah tak buat istikharah, tapi kalau buat pun kau dah set untuk mimpi laki or pompuan yang kau suka, dan ianya segalanya adalah kerana RUPA.
Adik gelap bukan tak cantik, jerawat bukan tidak menarik, pendek bukan kekurangan, sebab pada pengiraan tuhan, hanya hati yang menjadi tuan, pada yang punya badan
"Kau faham faham kan ayat tuh" 👆
Sebab rupa cantik mana akan kedut, dan percayalah hanya kecantikan akhlak yang akan membuatkan lelaki yang berakhlak akan datang kepada engkau,
Iya inilah jawapanya, sebab lelaki yang berakhlak dia akan tunggu masa yang sesuai untuk datang kepada engkau, sebab masa itu dik, dia sedang perbaiki diri dia, bila dia rasa mampu maka dia akan mendekati dan mengahwini.
Maka adik adik muslimat, jangan risau ye, steady je, lelaki ni takde, hanya suami sahaja yang penuh makna.
Simpanlah kasih sayang untuk suami mu ;)