Tahukah kita apabila kita terjebak ke dalam perkata yang batil, terjerumus ke dalam fitnah, ini dikeranakan kita meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.
Ini adalah disebabkan kita meninggalkan kebenaran dan kesabaran sehingga kita tertimpa kepada fitnah tersebut.
Oleh itu jangan sesekali kita cuba meninggalkan kebenaran dan jangan kita tinggalkan kesabaran.
Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah :
"Dan tidak akan terjatuh kedalam fitnah kecuali dengan meninggalkan apa ayng Allah perintahkan.Al-Istoqomah 1/29
Kerana sesungguhnya Allah subhanahu wa ta'ala memerintahkan kepada kebenaran dan kesabaran.
Maka fitnah bisa terjadi kerana MENINGGALKAN kebenaran dan meninggalkan kesabaran".
Mari kita senantiasa berdoa agar Allah kukuhkan hati kita. Jika Allah tidak kukuhkan hati kita, pasti kita akan condong boleh kepada yang batil.
Asy Syaikh Ibnu al`Utsaimin rahimahullah berkata :
Seorang manusia itu, selama ruh masih di jasadnya maka dia terancam (tidak aman) dengan fitnah. Oleh karena itu, aku berwasiat kepada diriku sendiri dan kepada kalian agar senantiasa memohon kepada Allah KEKUKUHAN di atas iman.
Dan hendaknya kalian khawatir (terhadap diri kalian) kerena di bawah kaki-kaki kalian ada perangkap-perangkap. Sehingga jika Allah tidak mengukuhkan kalian, niscaya kalian akan terjatuh dalam kebinasaan.
Dengkarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada Rasulnya shallallaahu 'alaihi wa sallam, makhluk yang balik kukuh dan paling kuat imannya :
{ ولولا أن ثبتناك لقد كدت تركن إليهم شيئا قليلا }
"Dan kalau Kami TIDAK mengukuhkan (hati) mu, niscaya kamu hampir-hampir CONDONG sedikit kepada mereka" (QS al Isra' : 74)Jika ini terjadi pada Rasul --shallallaahu 'alaihi wa sallam--, maka bagaimana dengan kita? Kita ini lemah keimanan dan keyakinannya, dalam keadaan berbagai syubhat dan godaan syahwat menimpa kita.
Maka kita dalam bahaya yang besar. Sehingga wajib bagi kita untuk memohon kepada Allah KEKUKUHAN di atas al-haq dan agar tidak menyimpangkan hati kita. Dan inilah doanya orang yang berakal :
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا
"Wahai Rabb kami, janganlah Engkau simpangkan hati kami setelah Engkau memberi hidayah kepada kami."
Syarhul Mumti' : 5/388 (dengan peringkasan)
قال الشيخ ابن العثيمين رحمە الله :
والإنسان ما دامت روحه في جسده فهو معرض للفتنة ولهذا أوصي نفسي وإياكم أن نسأل الله دائماً الثبات على الإيمان،
وأن تخافوا؛ لأن تحت أرجلكم مزالق فإذا لم يثبتكم الله – عز وجل – وقعتم في الهلاك
واسمعوا قول الله سبحانه وتعالى لرسوله صلى الله عليه وسلم أثبت الخلق، وأقوااهم إيماناً :
{ ولولا أن ثبتناك لقد كدت تركن إليهم شيئا قليلا }
فإذا كان هذا للرسول صلى الله عليه وسلم فما بالنا نحن؛ ضعفاء الإيمان واليقين، وتعترينا الشبهات، والشهوات
فنحن على خطر عظيم، فعلينا أن نسأل الله تعالى الثبات على الحق، وألا يزيغ قلوبنا، وهذا هو دعاء أولي الألباب :
{ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا}
انتهى باختصار من :
[الشرح الممتع (5\388)]