Saturday, November 9, 2019

Hargai Sebelum Terlambat


Manusia akan menghargai sesuatu perkara itu apabila ia telah berlalu pergi dari diri kita. Ketika ada di depan mata, tidak dipedulikannya, apabila telah tiada, baru menghargainya.

Sakit, walaupun tuhan hanya menghantar sekadar sakit tekak pada manusia, ketika itu hilang keenakan makanan yang kita jamah walaupun harganya mahal dan dimasak oleh chef terkenal. Nafsu makan kita telah berkurang hanya kerana sakit yang kecil saja.

Kawan, Ketika mana ia berada di depan mata, dibiar begitu saja. Apabila ia telah pergi berlalu dari kehidupan kita, baru kita menyingkap seribu satu kenangan indah bersamanya.

Hargailah apa yang ada di sekeliling kita. Selagi ia masih ada. Kerana apa yang kita miliki, akan berlalu pergi apabila tiba masanya. Kerana ia tidak akan kekal selamanya.

ثم تردون إلى عالم الغيب والشهادة
"Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan nyata"
[surah al jumuah ayat 8]

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments