Monday, August 22, 2016

Ustaz Mesti Serious 24 Jam?


Biasanya orang kita beranggapan bahawa seorang ustaz atau orang agama adalah orang yang sentiasa serius dan tegas. Mesti seorang yang berpenampilan tradisional islamik seperti pakai songkok,serban,  pakai jubah, celak etc.

Mesti seorang yang tiada "sense of humor", seorang yang tidak langsung buat perkara biasa yang "orang bukan agama" selalu buat.

Sebenarnya tidaklah begitu. Ada masanya orang agama pun berhibur dengan cara yang mereka sendiri. Mereka juga manusia biasa. Ada hobi dan minat masing-masing.

Ulama' dulu ada pun berhibur dan bergelak ketawa. Ada yang suka bersyair, ada yang suka memanah, lumba kuda dan sebagainya.

Imam Qatadah pernah bertanya kepada sahabat Nabi iaitu Ibnu 'Umar radhiallahu 'anhu adakah para sahabat Nabi pernah bergelak ketawa?

Jawab Ibn Umar:

نعم! والإيمان في قلوبهم أعظم من الجبال
Ya pernah dan iman dalam hati mereka lebih besar daripada gunung.

Imam Ibn Sirin antara tabi'in yang senang dan kuat ketawa. Mahdi bin Maimun berkata:

كان محمد بن سيرين ينشد الشعر، ويضحك حتى يميل، فإذا جاء الحديث من السنة كلح
Muhammad bin Sirin pernah mendendangkan syair lalu dia ketawa hingga membongkok (ketawa keras). Bilamana dalam bab hadith, dia berubah jadi muram/serius.

Jadi kenapa perlu skeptical bila orang agama buat benda yang manusia normal buat? Orang agama bukan manusia ke?

Disebabkan mentaliti memandang orang agama seperti malaikat, bila dia cuba "jadi manusia" biasa, tak pasal-pasal kena sebat.

Fikirkan.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments