السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Semoga Allah merahmati kita semua, Memohon kemaafan dan terima kasih atas segalanya.
Aku & Dunia...
Ada seorang lelaki yang ingin solat di masjid. Dalam perjalanan, terserempak dengan seorang wanita berpurdah yang sangat cantik. Sangat indah bagi lelaki tersebut.
Lelaki yang beriman ni diajak oleh perempuan tu agar mengikutinya. Lelaki ni akhirnya terus ikut, langsung tak pergi kemasjid sampai habis waktu asar.
Perempuan ni ajak sampai dekat satu kawasan perkuburan. Lelaki ini tertanya-tanya, untuk apa? Tapi, perempuan tu masih mengajaknya. Dia ikut lagi. sampai satu anak kubur.
Kerana tergoda, dia ikut masuk dalam kubur. Dalam tu, ada katil dan sebuah perigi. Perempuan tu duduk di atas katil dan berkata 'wahai si fulan. Kau kuncilah pintu dan campakan kuncinya ke dalam perigi itu.'
'Aku tak sanggup' kata lelaki tu.
Bila dipujuk, akhirnya dia akur. Bila dah buat, dia mintak perempuan tu buka purdah. Perempuan tu buka dan nampaklah satu wajah yang sangat mengerikan. Laki tu sangat terkejut. Dia mula menyesal kerana membuang kunci tadi. Hari semakin gelap. Akhirnya, tinggallah lelaki itu dalam kegelapan selamanya.
Kisah ini adalah satu perumpamaan. Perempuan tu umpama dunia yang selalu menggoda manusia. Dunia ni perhiasan. Penuh dengan perhiasan. Lelaki itu adalah umpama kita yang sering digoda oleh dunia. Bila dah mati, dah masuk kubur, baru nak menyesal kerana salah memilih JALAN.