السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Hari demi hari, umur kita semakin berkurang. Makin dekatnya kita kepada kematian tanpa kita sedar.
Tapi, kita masih ditakuk yang lama. Bergemalai masih dengan dosa dan noda. Masih terasa hidup lama dan mahu berseronok. Jalan dipilih yang salah. Masih akui kononnya Allah telah terima sedangkan perbuatan itu mendapat murka Allah.
Lalu, tidak malukah kau mintak bermacam-macam pada Allah? Tidak malukah kau memohon sedangkan perintahNya kau belakangkan. Kau tidak peduli akan suruhanNya. Setiap hari kau dengar azan untuk memanggil kau. Tapi, kau sombong tidak sahut seruan Allah. Kau ego katakan dunia ini kau punya. Kau riak katakan rezki itu atas usaha sendiri.
Kau lupa bahawa pemberian rezki itu adalah daripada Allah. Kau lupa segala kesihatan itu kurniaan Allah. Kau lupa kebahagiaan itu adalah anugerah pemberian Allah.
Lalu, apa kau katakan Allah tidak adil terhadapmu? Kau katakan Allah hanya mengujimu dengan berat sahaja sedangkan manusia lain ringan ujiannya?
Begitukah?
Wahai sahabat,
Allah tidak kejam. Allah itu baik. Betapa banyaknya Dia memberikanmu nikmat, bilamasa jiwamu, kehidupanmu diuji sekelumit cuma, kau pulak menyalahkan takdir Allah.
Apakah engkau tidak bersyukur wahai sahabat?
Jika kau hitung nikmat Allah, maka kau akan pengsan mengiranya.
Apalah sangat dengan ujian Allah itu. Apakah kau sedang berkira dengan Allah ketika ini? Jangan berkira dengan Allah. Allah tidak pernah pun berkira dengan kita. Malah Allah berikan apa yang kita tidak minta.
Hebat kan Allah?
Sangka baik pada Allah.
Allah jadikan sesuatu bersebab.
Ujian itu untuk menjadikan kau lebih dekat kepadaNya.
Sabar tambah Syukur = Hamba yang berbahagia.
InshaaAllah.