بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada MENJAGA LIDAH.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada TAKWA.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.
Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada SABAR.
- Sayyidina Umar al Khatab r.a
"Jangan kamu memandang kepada mana-mana pendosa, ahli maksiat, dan kepada mereka yang tidak menutup aurat itu dengan pandangan yang rendah jijik, dengan pandangan yang hina. Jangan kamu memandang bahkan hatta seekor anjing kurap sekali pun, dengan pandang yang rendah sebegitu."
"Jangan kamu merasakan diri kamu itu lebih mulia daripada mereka. Jangan kamu menyangka kamu sudah melakukan ketaatan, kamu sudah dijamin syurga. Kerana kamu tidak tahu sama ada penghujung kamu itu khusnul khatimah, atau su'ul khatimah."
- Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
"Hadirlah dan rebutlah semua majlis ilmu yang ada, kerana ia dapat menghidupkan hati-hati yang mati. Dan sekiranya di dalam majlis ilmu membincangkan tentang ilmu yang sudah engkau ketahui, anggaplah itu adalah kali pertama kamu mendengarnya, seakan-akan kamu belum mempelajarinya"
- Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz
"Jika kalian ingin mengetahui diri kalian cinta kepada Allah dan Rasulullah ﷺ. Maka tanyakan kepada diri kalian, adakah kalian cinta kepada para aulia' atau wali Allah?"
- Sayyidina Ali Bin Abi Thalib Radhiyallah Taala An'hu -
"Hendaklah mukmin itu mengingati Allah dengan lidahnya, hatinya dan seluruh anggota tubuhnya. Dengan zikir, maka kekallah hubungan hamba dengan Tuhannya"
- Imam Syeikh Mutawally Sya'rawi Rahimahullah Taala
"Sesiapa yang mengabaikan dan mensia-siakan solat, mereka akan dikumpul di akhirat kelak bersama Firaun dan Haman." (HR Ahmad)
Persoalannya,mengapa dikumpul bersama Firaun? Berdasarkan kajian, orang yang mengabaikan dan meninggalkan solat itu sering menggunakan alasan sibuk dengan tugas. Sama ada sibuk dengan urusan ekonomi atau urusan mempertahankan kuasa dan kedudukannya.
Firaun menjadi simbol kepada segala kesibukan dan kekalutan dunia mengurus dunia dan kekuasaan meliputi pemerintahan negara Mesir. Menguasai rakyatnya yang diperhambakan secukupnya, terutamanya untuk projek membina beberapa piramid dengan teknologi primitif.
- Almarhum Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat - Mauizhah