Golongan yang sedang asyik dan ghairah bercinta sebelum nikah ini adalah antara golongan yang terpedaya dengan kisah-kisah cinta fantasi.
Mereka terpesona dengan keindahan perkahwinan yang mereka lihat, baca daripada novel dan rancangan-rancangan drama di televisyen. Disebabkan belum mampu berkahwin, mereka bercinta walaupun belum bernikah.
Antara azimat yang dipegang oleh golongan bercinta ini adalah ketika hati mula bertaut, jiwa suka sama suka, maka kemungkinan untuk bahagia dalam perkahwinan adalah sangat tinggi.
Apabila perasaan cinta sebelum pernikahan semakin subur, kerumitan yang timbul adalah pada satu persoalan utama iaitu bagaimana mengurus cinta itu agar tidak lebur dibaham nafsu.
Sering kali sahaja kehadiran "watak-watak sempurna" yang ditampilkan dalam novel berkisarkan cinta Islamik sebuah rumahtangga menjadikan diri mereka menyangka bahawa watak itu benar-benar wujud di alam nyata.
Ketika seseorang itu sedang terpesona dengan keindahan bercinta ini, perkara yang sering dilupakan ialah pengisian masa terluang dengan aktiviti ketaatan dan amalan yang menyuburkan iman.
Antaranya:
Antaranya:
- Mempertingkat bacaan dan perbincangan ilmiah tentang cara² memperbaiki hubungan cinta dengan Allah Swt.
- Menyemak kembali solat yang ditunaikan. Mungkin perasaan cinta yang membuak-buak ingin dilayan itu berpunca daripada kualiti solat yang semakin merudum.
- Berusaha mendapatkan hidayah Allah dengan perbanyakkan berdoa.
Sehebat atau sebijak manapun seseorang itu, dia tidak mampu menjangkau semua perkara.
Benar cinta dan suka itu fitrah manusia, tapi jangan sampai jadi fitnah.