Thursday, August 11, 2016

Muslimat Dan Facebook


Terbaca status seorang muslimat di facebook:

"Minta lelaki jangan hantar 'chat' pada ana lagi. Ana kan tak balas 'chat'. Nanti ana 'block' baru tahu"

Kasihan pada gadis itu.
Menipu diri sendiri dengan tingkah laku.

Kau minta lelaki jangan ganggu?
Padahal kau 'upload' DP memakai niqab di facebook.

Lalu niqabis dihentam lagi.
Berposing sakan di facebook.
Lalu Islam difitnah lagi.

Perempuan berpurdah sama sahaja dengan gadis biasa yang tidak beriman di sisi agama.

Iblis ini licik.
Ingat lelaki tidak akan bernafsu walaupun pada muslimat yang menutup segalanya?

Sebab itu tidak digalakkan meletakkan gambar di alam maya.

Sebab bimbang nanti fitnah akan berleluasa.


Apakah tujuan menutup aurat?

Untuk mengelak daripada fitnah kan?


Kalau dah sampai lelaki suka hantar 'chat' pada kau tak sudah.

Kau masih tak sedar yang kau telah menimbulkan fitnah.

Maka, masyaAllah tak tahu aku nak cakap apa dah.


Kenapa?

Kau fikir kau telah menutup segalanya?

Kau ingin salahkan lelaki jika tidak menjaga mata melihat gambarmu yang 'solehah' di alam maya?

Konon biarlah kita digelar bidadari dunia di mata jejaka?

Soalan aku.

Bukankah lelaki dan perempuan yang beriman itu saling membantu dalam melaksanakan kebajikan dan mencegah kemungkaran?

Lalu beginikah cara kau membantu mereka?

Membantu dalam agama?
Tepuk dada, tanya diri.


Kalau sudah gambar sendiri.
Menimbulkan fitnah terhadap diri.

Jangan salahkan lelaki.
Tapi tampar diri sendiri sebab tak sedar-sedar lagi.

Kau menimbulkan fitnah.
Tetapi bilang diri sendiri difitnah.

Maka siapa yang menfitnah siapa sebenarnya?

Tujuan gambar di'upload' di alam maya adalah supaya mengelakkan fitnah.

Misalnya mengelakkan fitnah agar orang lain kenal kita andai kita ini orang ternama.

Mengelakkan fitnah agar orang mengundi kita andai kita ini orang yang bertanding dalam pilihan raya kampus, zon, daerah atau negara.

Mengelakkan fitnah agar orang tidak menceroboh facebook kita agar kita tidak teraniaya.

Tapi kalau gambar sendiri bukan mengelakkan fitnah, malah menimbulkan musibah.
Maka, 'delete' lah.
Bukannya payah.

Kalau tidak menimbulkan fitnah.

Tak mengapa.
Tiada masalah saudari, saudara.
Cuma mahu mengingatkan.

Gejala sihir menggunakan gambar di FACEBOOK sudah semakin menjadi-jadi.

Nauzubillah.

Mohon Allah lindungi.
Jika nak sangat tayangkan muka.

Sila 'private' kan untuk tatapan tertentu dan keluarga sahaja.
Tak perlu nak buat DP dan 'cover photo' semua.
Tak terjamin solehah pun sampai ke syurga.

Maaf.
Terkasar bahasa.
Terasa 'gedik' dengan status muslimat sebegini.

Aku juga sedang mjaga ikhtilat.
Tapi pada yang perlu.
Tak perlu pula aku beritahu.

Hebahkan satu dunia biar tahu.
Waallahualam.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments