السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kalau nak dibukukan lembaran kisah perjalanan hidup ini -- memang takkan pernah habis.
Meski yang ada cuma penuh dengan butiran air mata --
Di hujungnya pasti akan terselit bahagia.
Cuma masih disimpan agar kau tak lupa diri.
Andai terasa berat dengan bebanan yang dipikul
Sedarilah bahawa di sana-sana masih ada golongan yang tangisannya tidak henti-henti
Dek kerana beratnya ujian yang Allah titipkan buat dirinya.
Ujian itu bukan bebanan
Tetapi satu anugerah
Yang Dia titip buat hamba kecintaan, kesayanganNya.
Ujian bukan hadir tanpa sebarang asbab
Sebaliknya di balik kehadiran ujian itu
Tersisipnya seribu satu kekuatan
Yang tak pernah kita sangka-sangka.
Dan ujian hadir kerna Allah ingin meningkatkan darjat hamba-hambaNya.
Sungguh --
Beruntunglah kalian, insan-insan yang diuji
Kerna kalian dalam perhatianNya Dia
Tidak Dia lupakan kalian malah dihadirkan ujian kerna Dia mahu kamu terus mendekat
Tak menjauh lagi macam dahulu kala.
Andai diri terasa tidak mampu
Yakinlah bahawa yang hadir itu berdasarkan kemampuan dirimu.
Dan di sisa sela saat yang ada ini
Pintalah agar terus diberikan ketabahan yang berpanjangan.
Hapuskan air mata
Dirikanlah kembali senyuman
Di raut wajah.
Kerna kamu layak untuk itu!