Monday, July 4, 2016

Kita Hanyalah Hamba


بسم الله الرحمن الرحيم

Disaat tiada orang mampu memahamimu
Pandanglah dengan hikmah
Bahawa Allah ingin kau berdoa kepadaNya

Disaat engkau kufur dengan kehidupan
Pandanglah dengan tabah
Kerana Allah ingin kau kuat sentiasa kerana pertolonganNya ada senantiasa

Disaat jiwa kau mulai rapuh dan hati kau mulai remuk
Pandanglah dengan sabar
Kerana kesabaran itu akan memberimu kekuatan disebalik segala cobaan

Disaat kau mulai jauh daripada Allah
Kenangkanlah disaat dulu kau mula² beribadah
Betapa manisnya segala tingkahlakumu
Kau tahu segala gerak gerimu dalam perhatianNya

Maka, istighfarlah
Berdoalah
Memohonlah
Kembalilah kepada jalan yang benar

Kembalilah kepada fitrah kejadian manusia awal
Bahawa kita ini adalah hambaNya
Tiada penolongmu lebih berkuasa melainkan hanya Allah Azza Wa Jalla sebagai penyelamatmu yang utuh selalu

💕Hasbunallah wanikmal wakil💕

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments