Wednesday, June 29, 2016

Jangan Pandang Hina Pada Pendosa


بسم الله الرحمن الرحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Akhirnya, Allah maha tahu, siapa hambanya yang berhak di masukkan ke dalam syurga, dan siapa yang tidak.

Kita manusia, bukan tuhan.

Kita jangan mudah menganggap orang yang kita nampak penuh dengan kemaksiatan itu ahli neraka, dan orang yang penuh dengan amal itu ahli syurga. Begitulah sebaliknya.

Kita tak di tugaskan untuk menerakakan orang, seolah-olah kita ni layak sangat masuk syurga. Jangan begitu.

Saya sudah nampak, bagaimana penagih dadah, atau ketagih berzina, atau ketagih video lucah, menangis hampir setiap hari, meminta ampun pada Allah, namun akibat dari ketagihan, dia sering tewas kembali. Ingat mudah ke nak lawan ketagihan?

Berubah itu bukan mudah.

Kerana itu, jangan memaksa orang untuk berubah, jangan menghina serta mencercanya.

Kita tak tahu, di sebalik maksiat yang dia laku(walaupun dia berdosa), hatinya meronta-ronta, menangis, merayu, merintih, berusaha sedaya mungkin untuk mrmbebaskan diri dari ketagihan.

Kita tak nampak USAHA mereka untuk berubah.

Yang kita nampak hanyalah maksiat yang mereka laku.

Boleh jadi, Allah ampunkan dosa-dosa mereka, dan masukkan mereka dalam syurga, asbab rasa bersalah dan taubat mereka yang tidak putus-putus, walaupun seringkali tewas dan jatuh ke dalam dosa yang sama.

Kerana itu, berilah harapan buat mereka. Mereka perlukan bimbingan, pimpinan, dorongan, harapan, sokongan dan doa dari kita.

Jangan kita hanya pandai memandang hina pendosa dan tiada usaha langsung untuk membantunya.

Kita yang rasa diri kita yang baik ni pun, belum tentu masuk syurga.

Hargailah orang yang nak berubah.
Janganlah menghina mereka.
Sokong dan doronglah mereka.

Jangan paksa mereka.
Fahamilah keadaan mereka.
Dengarlah luahan masalah mereka.
Dekati dan tekunilah isi hati mereka.

Nescaya, kita akan jumpa bibit-bibit iman di hati para pendosa. Kerana, fitrah mereka yang melakukan dosa, pasti ingin kembali.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments