Thursday, June 30, 2016

Jaga-Jaga Anda Diperhatikan


ALLAH Sentiasa Ada Ketika Kamu Mahu Bermaksiat

Ketika ingin bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa diri di akhirat nanti.

Api neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidagannya. Buah Zaqqum dan cairan tembaga pula yang nantinya akan menghancurkam isi perut manusia.

Ketika ingin bermaksiat, segerelah detikkan  pada hati yang ALLAH sedang memerhati.

Jika masih ada rasa untuk bermaksiat, maka kita memang telah bersedia untuk menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat sehingga terbenam ke dalam bumi.

 Atas segalanya yang telah ALLAH berikan, layakkah kita membalasNYA dengan dosa-dosa yang mengenepikan DIA pada waktu-waktu senang kita? 

Lalu fikirkan pula, setelah kita sentiasa melupakan ALLAH, maka ketika terdesak, saat itu tiada sesiapa yang mampu menolong melaikan ALLAH. Maka apakah layak untuk kita memohon pertolonganNYA pada waktu itu?

Ingatlah ALLAH sentiasa ada, tidak pernah mati. Sentiasa kekal, tidak pernah fana.

Jika menunggu terdesak, baru hendak merasa ALLAH ada, baru kembali kepadaNYA, bimbang kita akan menjadi orang yang tidak sempat kembali seperti Firaun.

Sementara kesempatan masih ada, maka segeralah kita memperbaiki diri.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments