Monday, June 27, 2016

Kenapa Aku Ditimpa Musibah



Musibah itu berat ataupun tidak?
Berat.
Semua orang tidak mahu musibah.
Akan tetapi Allah memberikan musibah untuk memberikan kebaikan. Jadi secara tak langsung Allah ingin memberitahu kepada kita bilamana ada musibah, jangan kita tengok pada musibah itu sahaja. Akan tetapi, tengok lihat kebaikan apa yang kamu boleh dapat daripada Allah.

Ada kebaikan melalui musibah yang menimpa kamu. Kekadang kamu tak suka sesuatu menimpa kepada kamu tetapi perkara itu baik bagi kamu. Apa yang baik? Benda yang kamu tak suka. Apa yang disimpan suatu rahsia, kebaikan sesuatu yang kita tak suka. Allah bagitahu ada kebaikan di situ.

Kita tak nampak, tapi perkara yang kita anggap sesuatu itu yang berat yang kita tak suka. Yang memberi adalah Allah yang bagitahu ada kebaikan. Kebaikannya itu, bergantung sejauh mana keyakinan kita kepada Allah akan apa kebaikan yang tersembunyi dalam musibah itu maka kita akan jumpa.

Akan tetapi kalau kita tak yakin ataupun kita tak bijak menghadapi musibah, maka kita akan melihat besarnya itu musibah, susahnya itu musibah, sakitnya itu musibah dan kita tak akan menjumpai kebaikan yang ada pada musibah itu. Terkadang kamu suka pada sesuatu tetapi perkara buruk yang ada pada sesuatu yang kamu suka itu.

Yang bilamana kita mendapat nikmat berhati-hatilah kepada nikmat itu untuk tidak menjadi perkara yang mendatangkan padah dan akibat kepada kita supaya kita tidak terlalu gembira dengan nikmat tetapi bersyukur dengan nikmat.

Berbeza dengan orang yang bersyukur atas mikmat dan orang yang bergembira atas nikmat. Orang yang bergembira dengan nikmat mungkin tak bersyukur tetapi, orang yang bersyukur pasti bergembira dengan nikmat. Oleh itu bila kita mendapat sesuatu musibah carilah kebaikan yang ada pada musibah itu.

Ini kerana Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada sesuatu yang kita tak suka itu. Maka marilah kita mencari peluang kebaikan, mencari peluang ibadah melalui musibah yang menimpa kita. Maka, bersyukurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Cintailah Allah, dengan melihat betapa banyaknya nikmat yang diberikan oleh Allah, kepada kita tanpa kita sedari.

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments