Wednesday, September 28, 2016

Bagi Seorang Penuntut Ilmu



Bagi seorang penuntut ilmu, apabila dia hadir dalam majlis ilmu dia perlu ada pena, kertas atau pun buku catatan kelengkapan bagi menyalin kembali apa sahaja yang diajar oleh guru adalah sangat penting. Seorang penuntut ilmu yang hadir mencari mutiara ilmu tanpa membawa pena bersama kertas catatan, dia seumpama mereka yang ingin berperang namun tidak mempunyai senjata.

Kata Imam As-Syafie;
 "Ilmu itu umpama binatang buruan, menyalin ibarat tali penambat. Maka rugi bagi sesiapa yang sudah bersusah payah menangkapnya kemudian dilepaskan sahaja mangsa berkenaan dengan begitu mudah"

Demikian perumpamaan buat mereka yang bersusah payah mencari ilmu namun dibiar begitu sahaja tanpa disalin dan dicatat. Itu yang pertama.

Kedua, jaga lidah kita daripada menghina dan mencaci orang lain. Jangan mencerca mereka yang turut bersama dengan kita dalam mencari ilmu. Sekiranya kita yang diperli dan dihina maka bersabarlah. Namun, jangan pula kita melakukan yang sedemikian pada orang lain. Hiasilah diri kita dengan ungkapan dan percakapan yang baik, itulah bukti bahawa kita sedang dikurnia dan diberkati ilmu yang kita miliki.

- Nasihat Buat Hati, Guru mulia Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid

Blogger
Disqus
Pilih Sistem Komen Kegemaran Anda

No comments